Program INTI bagi Pekerja Profesional

Di INTI, Pencapaian Anda adalah Keutamaan Kami
Kerjaya anda mungkin baru sahaja bermula, namun anda telah berupaya membawa perubahan yang membanggakan di tempat kerja. Tetapi untuk melonjak lebih tinggi dalam bidang kerjaya, anda memerlukan kelebihan yang mampan – kelayakan yang tepat. Program kami berupaya memberikan anda kelebihan yang diperlukan. Sokongan tambahan yang anda perlukan untuk memacu kerjaya anda ke peringkat lebih tinggi dan selanjutnya. Direka khas bagi golongan professional yang bekerja, program kami memberi penekanan kepada nilai-nilai asas yang penting dan etika kemahiran kepimpinan yang merupakan teras utama yang akan membantu anda mencapai kejayaan dan menangani rencam masyarakat masa kini dan dunia pekerjaan yang semakin berkembang.
 
Kelayakan Lepasan Ijazah yang akan membantu Memacu Kerjaya Anda
Kelayakan Diploma / Ijazah yang akan Memperluaskan Prospek anda
Universiti Rakan Kerjasama
  • Sydney Business School, University of Wollongong, Australia
  • University of Hertfordshire, UK
  • Coventry University, UK

Sydney Business School, Australia

Sydney Business School telah ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai fakulti bebas yang dibina berteraskan kepada warisan serta reputasi University of Wollongong yang tersohor dan utuh. Kecemerlangan kami digapai dengan memberikan tumpuan utama kepada bidang kepimpinan dan komitmen kami untuk membangunkan pelajar yang mampu mengurus serta menangai dunia perniagaan yang kompleks. Kolej ini memiliki fakulti yang mampan serta dinamik dan komited untuk mencapai kecemerlangan di dalam bidang pengajian dan penyelidikan, dan sentiasa berusaha untuk mengukuhkan hubungan dengan pihak industri, organisasi perniagaan dan badan kerajaan. Sydney Business School telah mengasaskan bidang penyelidikan lestari yang merangkumi pelbagai sektor perniagaan, termasuk sektor perkhidmatan kesihatan, pengurusan rantaian bekalan, kelestarian perniagaan dan metodologi penyelidikan tinjauan.
Kelebihan Sydney Business School
  • QS Global dalam laporan tahun 2012/2013 menyenaraikan Sydney Business School antara 200 Kolej Perniagaan yang terbaik di dunia
  • The London-based International Graduate Forum (IGF) menyenaraikan Sarjana Pentadbiran Perniagaan sebagai ijazah nombor satu di Australia dalam senarai ranking terbaru yang diterbitkan dalam majalah CEO.
  • Sistem ranking QS bagi kolej perniagaan, dikenali sebagai QS Business School Stars, telah memberikan Sydney Business School dengan ranking empat-bintang.
  • Laporan 2012-13 QS Global 200 Business Schools – kedudukan 43 di dunia untuk Tanggungjawab Sosial Korporat dan 48 di dunia bagi bidang pengurusan antarabangsa dan 50 di dunia bagi bidang pemasaran.
  • SBS MBA mendapat ranking ke-3 di Australia dan ke-13 di rantau Asia Pasifik di dalam senarai QS Global 200 Business School Rankings bagi tahun 2012/2013

University of Hertfordshire, UK

Kerjasama yang kami jalin bersama University of Hertfordshire akan memberikan anda kelayakan tambahan yang terbaik dari salah satu universiti yang terulung di UK. Selaku pusat pengajian perniagaan yang telah meraih pelbagai anugerah, University of Hertfordshire telah disebut sebagai universiti baru yang terunggul dalam bidang pendidikan dan pembelajaran.
  • University of Hertfordshire merupakan salah satu dari 100 universiti terulung di dunia di bawah usia 50 tahun menurut senarai Times Higher Education 100 under 50 rankings2013.
  • Meraih ranking ke-52/100 dalam senarai Times Higher Education 100 universiti antarabangsa yang terkemuka di dunia diterbitkan pada Januari 2014.
  • Universiti ini merupakan antara 20 universiti terulung di dunia untuk mempelajari bidang animasi menurut majalah 3DWorld terbitan bulan April 2012.
Sumber: www.herts.ac.uk

Coventry University, UK

Coventry University ialah sebuah universiti moden di United Kingdom yang sentiasa merancang untuk masa hadapan dan memiliki tradisi membanggakan dalam penyediaan pendidikan bermutu tinggi yang menekankan usaha penyelidikan dalam pelbagai bidang. Universiti ini terkenal dengan komitmen tinggi terhadap aspek sosial pembelajaran, dan ianya disokong oleh tenaga pengajar yang berdedikasi dan profesional. INTI berbangga dengan kerjasama yang dijalin dengan Coventry University untuk memberikan kelebihan kelayakan kepada para pelajar bagi membolehkan mereka terus berkembang dalam karier masing-masing.
  • Universiti Moden Terbaik – Panduan Universiti Hebat The Times dan Sunday Times 2014
  • Ditempatkan antara 4% institusi pengajian tinggi terbaik dunia – Penarafan Universiti Dunia QS
  • Berada pada kedudukan ke-27 di UK – Panduan Universiti The Guardian 2015 – mengatasi sembilan institusi Kumpulan Russell
  • Berada pada kedudukan ke-45 dalam Panduan Universiti Hebat The Times dan The Sunday Times 2014
  • 94% kadar kebolehpekerjaan graduan dan penyambungan pengajian – Kaji Selidik DHLE 2011/12
  • 91% kepuasan pelajar dalam Kaji Selidik Pelajar Kebangsaan 2014 – 5% lebih tinggi daripada purata kebangsaan di UK
Sumber: www.coventry.ac.uk
pathway_cep.png
Laluan Menuju Kejayaan

Program yang ditawarkan

Kembali